Perkara perkara yang selalu diperkatakan tentang Tambuakar
adalah ia merupakan haiwan gersang yang ganas, besar, bergigi tajam serta
mempunyai susuk dan parasnya yang menakutkan.
Perkataan ’Tambuakar’ asalnya diberi nama oleh kaum bangsa
Brunei yang bermaksud ‘tumbuh akar’. Nama ini lalu diberikan keatas penemuan
seekor raksasa misteri yang besar dan
ini berlaku lewat tahun 1903 disebuah kampung
di Papar, kampung Benoni.
Legenda terkenal Tambuakar yang selalu
diperkatakan itu semestinyalah berasal dari tempat ini, cerita popular mereka
disini menceritakan raksasa itu adalah jelmaan 16 ekor patu(itik) yang telah
masuk bertapa kedalam gua Karuaya @akar kayu @kayu Ara, dan merupakan haiwan separuh
akuatik separuh darat(makhluk yang berasal dari dari air tapi boleh hidup
keatas daratan).![]() |
Tambuakar @ Plesiosaurus ditemui di Benoni lewat 1903 |
Satu ketika dahulu kawasan Benoni merupakan satu kawasan
memulau yang sangat subur sekali dikelilingi oleh sungai yang membiru beserta
hutan karuaya(kayu Ara) air tawarnya yang tebal. Kemudian di atas tanah tinggi
yang memulau itulah penduduk kampungnya telah mendirikan rumah mereka satu
persatu.
Kisah ini bermula
dari seorang penternak patu yang menyangka patunya telah menjelma
menjadi seekor raksasa selepas memasuki lubang besar dibawah akar kayu Ara dan
tempat kejadian berlaku dihujung hulu sungai kepulauan Benoni itu(dikenalpasti
lokasi tempat itu kini dipanggil “Bendari @Darat Benoni ” yang menghala ke
bukit Bendera @kuari).
Penternak ini mempunyai 16 ekor patu kesemuanya dan diapun
selalu melepaskan patunya ini bermain kesungai tersebut sehinggalah dia
menyedari dihari –hari berikutnya patunya mula menghilang satu persatu. Mula
–mula dia menyangkakan buayakah pemangsa ternakannya itu? Seharian dia
mengawasi lalu dia mendapati kumpulan patunya ini memang selalu saja suka
berenang kesuatu tempat yang jauh sedikit dari kawasan area sungai tinggalnya
itu. Dengan berjumpong(perahu kecil) dia perlahan –lahan menyusuri sungai
tersebut sambil mengekori patunya dari kejauhan saja, barulah dia perasan
terdapat sebuah kayu ara yang sangat besar disitu, dipenuhi lagi dengan akar
kayu yang berjuntaian langsung saja menambahkan lagi seram pada lorong gelap
yang terdapat dicelah celah –celah akarnya yang berserabut itu.
Beberapa ketika kemudian patunya berdondon selamba saja
berenang masuk ke celah gelap karuaya tersebut kemudian kembali keluar dari
tempat tersebut secara bersahaja tapi berkurang seekor. Persoalan dikepala
penternak tersebut hampir terjawab
selepas menyaksikan peristiwa itu tapi dia masih lagi tidak tahu apakah
gerangannya haiwan aneh yang suka membaham secara senyap –senyap sahaja dibalik
akar karuaya tersebut. Diapun kembali lalu menceritakan hal ini kepada orang
kampungnya, keesokkannya dan pada hari –hari seterusnya dia memerhatikan lagi
kejadian yang sama kian berulang sehinggalah juga patunya yang terakhir.
Dengan berbekalkan amarah dan dendam yang kuat pada kali ini
dia telah menghimpunkan seluruh penduduk kampung untuk sama –sama turun dan
membongkar benda misteri yang telah menghabiskan patu –patunya itu. Berbekalkan
senjata masing –masing mereka berkayuh menuju ke tempat tersebut sambil
memerhatikan suasana sekitarnya yang tidak kurang seramnya berhutankan karuaya
ini, mereka mula mengepung kawasan tersebut dari semua arah sebelum melakukan
langkah was –was yang tidak kurang takutnya ketika cuba menghampiri lubang luar
biasa tersebut.
Akhirnya beberapa orang pemuda yang berani tampil kedepan
lalu mengambil langkah untuk memasukinya sambil mencucuk –cucukkan bujak(lembing) didalam gelap yang nampaknya
seperti tiada berpenghujung itu, mereka meraba perlahan lahan menggunakan
parang mereka sambil cuba mencapai jauh kedalam lagi lalu mendapati airnya
sungguh tidak kurang dalamnya juga sementara yang lain masih lagi menunggu
–nunggu diluar bakau tersebut. Dalam keadaan yang sunyi sebentar saja itulah
kemudian kedengaranlah bunyi deruan suara yang sangat kuat bercampur lagi
dengan suara jeritan pemuda yang siap masuk sebentar itu pantas kembali
bergegas keluar pula dengan wajah yang terkejut dan ketakutan.
“Tumbuh akar!! Tumbuh akar” Jerit orang –orang
tua lain yang melihat dari luar mendapati perubahan kocakkan air dan tanah yang
bergolak naik dan turun itu, dalam perasaan taksub bercampur kehairanan ini
tiba –tiba menjengullah sebatang leher yang panjang dari air tersebut, badannya
berbulu dan giginya tajam, ianya juga adalah haiwan yang paling besar sekali
pada waktu tersebut.
Terkejutlah seluruh
penduduk kampung yang menyaksikan sendiri haiwan ini(mereka tidak tahu ianya
haiwan prasejarah). Ada yang mengandaikan bahawa patu –patu tersebutlah
sebenarnya sudah menjelma kepada raksasa tersebut selepas bertapa masuk kedalam
gua tersebut. Raksasa itu kemudiannya berjaya ditewaskan dengan kemahiran
melembing yang dimiliki oleh orang –orang zaman ketika itu(ianya perkara biasa
pada zaman tersebut). Kemudian binatang raksasa inilah yang mendapatkan namanya
sebagai legenda Tambuakar yang difikirkan bertukar dari cantuman 16 ekor patu
tersebut ditambah lagi keluarnya pula berasal dari pohon akar kayu yang lebat
tebal itu.
Cerita ini disampaikan turun temurun di kampung benoni
sehinggalah ceritanya mula menjadi semakin kabur tanpa mengetahui lagi rupa
bentuknya yang sebenar raksasa Tambuakar ini sehinggalah lewat awal tahun 70
–an.
Dikampung Benoni. Pada suatu hari seorang budak
yang diambang remaja telah balik membawa sebuah buku dari perpustakaan Papar
yang dipinjamnya kerumahnya. Dia membelek –belek buku bergambar tersebut
dilaman rumahnya, buku ini memperlihatkan gambar binatang prasejarah(dinosaur)
dan dalam gambar tersebut adalah haiwan bergelar ‘Paleosaurus’ ini.(lihat
gambar)
Ketika beliau sedang
melukis sambil membelek –belek buku inilah ibunya Zaleha tidak sengaja
terpandang susuk haiwan Paleosaurus ini lalu memberitahukan anaknya nama
binatang tersebut adalah Tambuakar mengikut dari gambar lakaran yang pernah
dibuat dari ibu terdahulunya(yang sempat melihat binatang ini dalam keadaan
matinya) lagi ketika bercerita perihal Tambuakar tersebut. Sambil mengamati
lagi gambar tersebut dia(ibunda Zaleha) ini hanya memberitahukan perbezaannya
Tambuakar yang diceritakan itu mempunyai bulu pada badannya, tetapi susuknya
memang sama.
![]() |
bersesuaian dengan pendapat terkini saintis &pengkaji terkini dinosaur yang mengatakan dinosaur memang mempunyai bulu pada badannya. |
Melalui cerita tersebut. Itulah kali pertama kampung mereka
pernah berhadapan dengan makhluk tersebut dan itulah juga kali terakhir mereka
pernah melihat makhluk yang sedemikian.
Tiada disangka raksasa itu adalah spesies ‘Plesiosaur’ yang sudah
pupus jutaan tahun lalu ini sempat wujud di Benoni sebagai ‘Tambuakar’.
Maksud nama- Tambuakar membawa maksud 16 ekor patu bertapa@
tersumpah@ keluar dari akar@ tumbuhnya dari akar menjadilah raksasa mitos
tambuakar.
Kata- kata penulis
Apapun kita tahu patu bukanlah spesies dari ‘plesiosaurus’
jadi kita sudah tahu patu tersebut cumalah sebahagian daripada pengalas perut
Tambuakar@Plesiosaur tersebut sahaja.
Remaja didalam cerita tersebut tadi sebenarnya
adalah ayah saya sendiri dan dari situlah saya mendapatkan kisah sebenar
Tambuakar tersebut.
Assalam..sy berasal dari meruntum,mmg lahir dimeruntum.sy tahu cerita tambuakar ni,ada saudara sy pernah menyelam di sungai meruntum,dia ternamapak ada satu lubang besar berada dalam sungai tu,tp dia tidak berani,dan ada jg dulu orang putih menyelam,dan cuba masuk dalam lubang,tapi nda kesampain kerana takut.lubang itu berhubung dengan papar..sb dimeruntum pun kisah tambuakar tu ada jg.pena jg terlihat oleh arwah mama sy.drang biasa pi laut.mmg sungai meruntum tidak pandai surut tmpat lubang tu..yg separuh surut separuh tidak.
BalasPadamAssalam..sy berasal dari meruntum,mmg lahir dimeruntum.sy tahu cerita tambuakar ni,ada saudara sy pernah menyelam di sungai meruntum,dia ternamapak ada satu lubang besar berada dalam sungai tu,tp dia tidak berani,dan ada jg dulu orang putih menyelam,dan cuba masuk dalam lubang,tapi nda kesampain kerana takut.lubang itu berhubung dengan papar..sb dimeruntum pun kisah tambuakar tu ada jg.pena jg terlihat oleh arwah mama sy.drang biasa pi laut.mmg sungai meruntum tidak pandai surut tmpat lubang tu..yg separuh surut separuh tidak.
BalasPadamWassalam saudara.. ya sy pernah mendgr crita sedemikian, ianya mmg benar tp sy kurang infoy, tdk mustahil kalau lubang sdemikian jg ujud dkawasan meruntum, tapi mnurut crita lubang gua yg berhubung dgn papar (betul2 dsungai papar)tersbt..yang saya ketahui lubangy tembus dari sebuah gua air dari beaufort.. mmg ad crita ttg 3 orang sahabat(orang putih) y tlah memasukiy, hy seorang y sampai tembus kepapar,xtahula crita ini lama jua suda.. insyaallah sy akn tulis critanya apabila suda mengetahuinya nnti
PadamWassalam saudara.. ya sy pernah mendgr crita sedemikian, ianya mmg benar tp sy kurang infoy, tdk mustahil kalau lubang sdemikian jg ujud dkawasan meruntum, tapi mnurut crita lubang gua yg berhubung dgn papar (betul2 dsungai papar)tersbt..yang saya ketahui lubangy tembus dari sebuah gua air dari beaufort.. mmg ad crita ttg 3 orang sahabat(orang putih) y tlah memasukiy, hy seorang y sampai tembus kepapar,xtahula crita ini lama jua suda.. insyaallah sy akn tulis critanya apabila suda mengetahuinya nnti
Padamthis is interesting & i'd like to know more about the story.. i hope there will be more writing from you sir in regards of this legend. As i am part of Sabahan i do proud to tell the story to others. TQ sir.
BalasPadam