Cerita Rakyat Melayu Borneo
LOPONG
![]() |
Lopong @ Tsuchinoko
@ al-Syuja al-Aqra
|
Tiada disangka
akhirnya imej ini (Binatang didalam gambar) berjaya ditangkapi (dilukiskan)
dengan secara sempurnanya oleh orang Jepun (yang bermakna ianya turut diketemukan
di Jepun) dan kini dikategorikan sebagai salah seekor daripada binatang –binatang
pelik di dunia.
Haiwan ini
bersaiz pendek, berbadan gemuk tapi berkepala ular [‘memang pelikpun!’]
sepertimana dalam gambar diatas. Buat pengetahuan umum haiwan ini turut wujud
di Borneo dan sudahpun mempunyai namanya yang tersedia. Sementara di Jepun ia
dipanggil ‘Tsuchinoko’ disini pula menurut kaum Brunei dan Dusun mereka sama –sama
menggelarkannya sebagai ‘Lopong’ ataupun sebagai ‘ular pelahap mayat’.
Menyebut perihal
haiwan ini pertama kali saya mendengarnya (sebelum wujudnya imej ini) sudah
sangat susah untuk diterima akal, dibayangkan ketika itu belum pernah ada ular
yang pendek badannya pernah ditemui tengoklah
dalam Discovery Channel ka? Natgeo ka? ataupun saluran lain langsung tidak
pernah menyebutkan pun tentang ular yang gemuk pendek ini, dari dulu sampailah
sekarang. Memang patutlah haiwan ini pelik kerana ia mungkin satu –satunya ular
terpendek tapi terbesar (kerana saiz kepalanya itu) di dunia jika ditemui,
serta menurut penemunya juga adalah memang susah dan jarang sekali untuk kita
dapat melihatnya tetapi hanyalah ‘mungkin!’ itupun jika kita ini seorang ‘pemburu
malam’(pemburu haiwan dihutan belantara).
Info lain
mengenai ular ini, menurut orang- orang yang telah menjumpainya ialah ianya
sangat berbahaya untuk dihampiri, kerana rupanya yang nampak mudah itu memang
tidak sama sekali dengan perangainya yang pantas. Ya! Kebolehan badannya ialah
ianya mampu membuat loncatan sejauh 3-4meter bergantung kepada saiz badannya,
bergerak sangat laju sekali dengan cara menggolekkan badannya termasuklah
ketika ia membuat korekan masuk kedalam tanah (pantas menghilang dari mata),
mempunyai sisik yang keras pada badannya serta ngangaan mulut yang lebih besar
dari mana- mana ular termasuklah ular sawa, serta saiznya yang tidak masuk
akal. Saiz terbesar yang pernah dijumpai oleh seorang penduduk kampung dari
sebelah Papar, Latif pernah melihat yang sebesar ‘deram minyak’. Persoalannya dimanakah
benda ini bersembunyi? kalau sudah sampai sebegitu besarnya. Menurut pencerita
terdahulu Lopong ini tinggalnya adalah didalam tanah dan boleh diketemukan melalui
kesan salur –salur lubang yang terdapat ditanah ataupun menyiring –nyiring
tebing tembok. Dan hanya pada waktu malam saja Lopong ini keluar ke permukaan
bumi kita.
Cerita orang
yang menjumpainya adalah sekitar tahun 70-an, 80-an, dan 90-an adalah kali
terakhir saya mendengarnya. Dengan mendapatkan gambar ini dan memadankan ciri –cirinya
seorang Pengiran dari Papar yang sudah melihatnya beberapa kali (pada waktu
malam) turut mengiyakan bentuk ular itulah sepertimana dalam lukisan tersebut. Persoalan
lain adalah ular ini sangat berkenan dan bertepatan sepertimana saiz kepalanya yang
lebih besar berbanding ular lain serta sifatnya yang suka mengorek tanah itu
mungkinkah mendapatkannya nama ular yang disebutkan dalam sabda Nabi S.a.w
iaitu ular ‘al –Syuja al -Aqra’ iaitu ular penelan mayat- mayat dalam kubur
yang melalaikan solat.
Saya sendiri
(penulis blog) juga ingin sangat untuk dapat melihat ular ini hidup- hidup. Dan
saya pasti tiada sesiapapun dari kampung saya sendiri (terutamanya generasi
baru) akan mempercayai Lopong ini (mahupun rupanya) serta keberadaannya yang
memang adalah “confirmed” ditanah Borneo ini. Rahasia lain yang ingin saya
kongsikan bersama anda ialah sebenarnya kebanyakan para penemunya memang paling
kerap terjumpa ‘benda’ ini dikawasan tanah perkuburan, nasihat mereka pula ialah kalau
anda terserempek dengan haiwan ini tanpa senjata tajam dibadan maka bersedialah
untuk menggunakan langkah seribu. Dan janganlah risau kerana kita tidak akan terjumpanya
selagi hari masih siang.. sekian.
Maksud lain
bagi perkataan Brunei: Lopong = membuat lubang pada tanah; menganga luas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan