Dari manakah asal –usul perkataan ini sebenarnya!? Kini saya ingin merungkai kisah yang sebenarnya tentang asal usul tambuakar ini sekadar kongsian bersama pembaca terutamanya dari Borneo sendiri.
Tambuakar atau ‘tumbuh akar’ atau “makhluk berakar’ atau sebarang tanda yang memperlihatkan ciri- ciri padanan yang sama jika ujud pada makhluk tersebut pasti akan dipanggil tambuakar. Gelaran @bahasa ‘tambuakar’ ini datangnya adalah dari kaum Brunei.
Menurut cerita orang lama zaman sekarang(1960-terkini), tambuakar lebih kepada sebuah cerita legenda- legenda tempatan yang terjadi dibeberapa buah kawasan disekitar Borneo terutamanya dari kawasan pantai barat Borneolah yang paling banyak memiliki sendiri cerita tambuakar ini. Tapi belum ada pula yang menyatakan perihal makhluknya sepertimana yang pernah diceritakan oleh seorang Pengiran ini yang lebih dapat menjelaskan lagi atau lebih melangkaui jauh lagi kemasa lampau dan dapat membayangkan suasananya dengan lebih baik lagi.
Berikut adalah penerangannya tentang ‘tambuakar’.
Tambuakar adalah sejenis makhluk berdaya rupa dalam bentuk yang nyata.
Tambuakar adalah sejenis hantu atau jin yang berbahaya(mampu memudaratkan) bagi orang zaman dahulukala di Borneo.
Tambuakar didatangkan dalam 40 macam kejadian penjelmaannya kedunia nyata manusia kita. (bermakna ia berasal dari tempat ghaib dan ia mungkin sekali adalah sejenis jin yang bersihir tinggi).
Tambuakar memunculkan diri dari dalam kegelapan malam atau dari kegelapan hutan atau dari kegelapan air. Malah tambuakar ini juga boleh didapati walau disiang hari sekalipun jika ia mahu memperlihatkan dirinya.
40 jenis kejadiannya adalah dalam bentuk binatang, hantu, malah dalam bentuk manusia sekalipun. Dia juga boleh disentuh, malah dapat diajak berbicara seperti manusia biasa jika dia dalam bentuk mode tersebut.
Dalam 40 macam kejadiannya ini makhluk ini akan sentiasa saja dapat dikenalpastikan sebagai tambuakar kerana satu ciri pentingnya yang tidak dapat disembunyikannya, walau bagaimana sekalipun rupa makhluk bumi yang sudah ditirunya itu sepenuhnya termasuk dalam mode manusia sekalipun, iaitu dimana –mana sahaja bahagian anggota badannya terutama wajahnya pasti akan menampakkan sejenis akar kasar dikiri dan kanan dahinya, seperti tanduk yang bercabang- cabang dan juga berwarna ‘merah’. (dengan petunjuk inilah orang kampung zaman dulu mudah mengecamkan makhluk ini lalu menggelarnya tambuakar, dan menyampaikan pelajaran ini turun temurun)
Menurut cerita orang kampung masa lampau(lalu disampaikan turun temurun), pernah melihat cara kemunculannya yang agak luar biasa dari dalam air sungai. Dia telah menyaksikan sendiri perubahan penuh tambuakar ini, dia melihat dari air tersebut membentuklah naik perlahan –lahan sebuah lembaga yang tiada tetap bentuknya ke susur sungai sambil menyerupai perlahan -lahan menjadi tubuh seorang kanak kanak yang sempurna bentuknya tetapi juga mempunyai akar kecil merah pada kedua belah dahinya. Begitulah seterusnya dengan setiap cerita dari orang lain yang pernah melihatnya samaada dalam bentuk haiwan pasti akan terkesankan akar merah yang ’pelik’ itu. Situasi pertemuan manusia dengan tambuakar yang paling popular ceritanya datang dari kawasan sungai berbakau atau tambuakar ini lebih dipanggil sebagai ‘galap’(@gelap) oleh orang kampung Benoni di borneo. Kerapkali yang mereka ketemukan ‘galap’ ini selalu memperlihatkan dirinya dengan menimbulkan bentuknya diatas air, berwajah manusia tapi berambut kasar kemerah- merahan terurai luas dan panjang. Dikatakan rambutnya inilah yang selalu melemaskan manusia yang terpukau dengan kehadirannya itu justeru itulah sebabnya orang tua zaman dahulu selalu saja menasihatkan anak –anak agar berhati- hati apabila tersua dangan makhluk tambuakar tersebut, segeralah beredar jika tersua dan elakkan dari bertentang terus dengan matanya jika matanya mula menjadi merah.
Setiap bentuk tambuakar juga memainkan peranan penting dalam peringkat kejadiannya itu, dikatakan dalam banyak -banyak bentuk kejadiannya ini bentuk yang paling berbahaya ialah jika ia memperlihatkan dirinya menjadi seekor kambing jantan tua besar yang bermata merah dihutan atau lebih dipanggil sebagai’Ambia’, orang tua disini juga selalu mengatakan perubahan tambuakar berlaku apabila manusia mula meremehkan kewujudannya, selalu juga orang tua mengatakan jangan dinaikkan kemarahannya, kerana penjelmaan seterusnya adalah lebih berbahaya dan akan menjadi lebih sukar untuk ditangani lagi. Tapi menurut orang lampau pula ialah elakkanlah ianya dari menjelma kedalam bentuk terakhir penjelmaannya kerana ia akan bertukar menjadi seekor raksasa merah bertanduk akar yang besar dan hanya tahu mengganas. Dalam bentuk ini sebuah kampung sahaja mampu termusnah dengan beberapa kali serangannya.
Memang aneh dan pelik! Bentuk terakhir yang dimaksudkan oleh orang lampau tersebut itu lebih merujukkan kepada raksasa bertanduk dua yang selalu kita kagum –kagumkan itu iaitu ‘Naga’ kerana istilah ‘naga’ disini bagi orang kampung tuanya yang selalu melihat gambarnya juga terbiasa memanggilnya hanya sebagai Tambuakar. Sekian…
Bentuk haiwan lain yang pernah ternampak sebagai tambuakar ini
Kucing(bersama tanda yang disebutkan)
Kuda(bersama tandanya juga keluarnya dari air)
Sapi(bersama ciri tersebut, digelar sebagai ‘Mandau’ oleh orang disini)- selalu diketemukan dijalan raya terutamanya dimalam hari
Kambing jantan tua berbadan 4 kali ganda saiz kambing biasa(digelar ’Ambia’ disini)-selalu diketemukan oleh pemburu dihutan
Naga (haiwan mitos yang terkenal)- perubahan akhirnya yang harus dielakkan
![]() |
Tambuakar dalam bentuk terakhirnya yang nyata@ naga |